Maki ‘Polis Babi’, Pemandu Wanita GrabCar Ditahan

Posted on



BAYAN LEPAS – Seorang pemandu Grab ditahan selepas mengeluarkan kata kesat ke atas anggota polis yang menahannya di jalan masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suspek wanita berusia 33 tahun ditahan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan, berkata pemandu terbabit bertindak mengeluarkan kata kesat selepas anggota polis terbabit mengeluarkan saman ke atasnya.

“Anggota terbabit sudah beberapa kali menasihati suspek supaya berhenti memarahi dan memaki, namun dia terus berdegil.

“Berikutan itu, suspek terpaksa ditahan bagi membantu siasatan kerana menghalang tugas kakitangan awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, suspek mendakwa polis sebagai ‘kaki buli’ selain turut mengeluarkan kata kesat ‘polis babi’ kepada anggota yang bertugas

*Video sekadar hiasan…